Posts

Analisis Awal N66 Bugaya - Ahli Parlimen Belia Malaysia : Aby Al Fahd Abdullah Sani

Image
3 November 2022 (Khamis) Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera Calon Barisan Nasional Sabah telah diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang telah mencalonkan Hj. Abd Aziz Ibno bagi kerusi N66 Dun Bugaya. Oleh yang demikian, saya akan berpegang teguh dan hormat kepada kriteria calon yang dikatakan oleh Pengerusi BN Sabah iaitu Winnable, Acceptable dan Likeable. Kita akan ketahui sama ada keriteria ini terpakai di Daerah Semporna ataupun sebaliknya. Kita akan tahu jawapannya pada 19 November 2022. Analisis awal saya sebagai belia negeri Sabah khasnya penduduk yang berasal dari Semporna sekiranya kedua-dua individu ini bertanding, BN Semporna akan mengalami kesukaran untuk menang di kerusi Dun tersebut, terdapat beberapa faktor yang saya ringkaskan. Antaranya;  1. Semporna merupakan kubuh kuat Parti Warisan dan presidenya adalah ahli parlimen di kawasan tersebut 2. Ketiga-tiga DUN dalam parlimen Semporna iaitu Sulabayan, Senallang & Bug

Ahli Parlimen Belia Malaysia (Sabah) Kecewa Calon BN di Pantai Timur Sabah | Surat Terbuka

Image
Sebagai anak muda saya berasa agak kecewa dengan pemilihan calon yang diumumkan oleh Barisan Nasional Sabah bagi PRU yang ke 15. Saya percaya semua anak muda tidak kisah parti apapun inginkan satu perubahan yang besar dalam corak politik di negeri Sabah dalam pemilihan calon-calon pilihanraya khasnya saya sendiri sebagai penyokong BN. Apa yang saya lihat calon dipilih tidak mencerminkan kriteria-kriteria yang dikatakan sebelum ini.  Pentadbiran negeri Sabah memerlukan perubahan dalam kempimpinan, saya tidak hanya merujuk kepada BN Sabah walhal parti-parti lain yang bertanding perlu menonjolkan wajah baharu yang ‘fresh’, bekerja keras, muda dan berjiwa rakyat. Jika inilah calon-calon yang diketengahkan, apa lagi calon yang berada di Pantai Timur Sabah, saya yakin Barisan Nasional sukar untuk menang dengan mudah. Jika BN ingin menang di Pantai Timur Sabah mereka harus meneliti  kriteria yang perlu ada untuk mengalahkan pihak lawan khususnya di Pantai Timur Sabah kerana kriteria Winnable,

Isu Tuntutan Waris Sultan Sulu : Sudut pandang Ahli Parlimen Belia Malaysia (Sabah) Aby Al Fahd Abdullah Sani

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada rakyat Sabah yang saya sayangi. Pertama sekali untuk makluman semua saya menulis artikel ini adalah dari sudut pandang peribadi sebagai anak muda dan ingin saya tegaskan tulisan ini tidak sama sekali berkaitan dengan mana-mana parti dan ideologi politik sama ada kerajaan atau pembangkang. Saya akan cuba ringkaskan ilmu dan pengetahuan yang ada ini untuk dikongsikan kepada semua. Saya ingin mengajak semua untuk berfikiran terbuka terutama sekali kepada masyarakat Sabahan. | Kronologi Tuntutan Waris Sultan Sulu | Pada tahun 1878 kesultanan sulu yang diwakili oleh Sultan Jamalul Alam & Syarikat Borneo Utara British diwakili oleh Alfred Dent Esquire dan Gustav Von Overbeck menandatangani perjanjian bagi Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah untuk diserahkan atau disewakan kepada syarikat British dengan ganjaran 5,000 dolar Malaya setahun. Tulisan perjanjian adalah da

Najib Razak : Kemunculan Semula Atau?

Image
  Hari ini saya akan berkongsi tulisan ringkas saya pada 1 November 2020 yang mana saya mengulas pada ketika itu DS Najib Razak telah dilantik sebagai ketua MP Barisan Nasional menjelang Belanjawan. Saya berpendapat sebagai rakyat biasa kita kena k etepikan sebentar soal tuduhan, fitnah dan kes mahkamah yang beliau sedang lalui sekarang.  Beliau merupakan seorang pemimpin yang cukup berpengalaman dan memang layak mengetuai Kelab MP Barisan Nasional.  Siapa sangka sebelum PRU-14 lalu beliau cukup dihina, difitnah, dikeji, dimaki sehingga seorang demi seorang meninggalkan beliau yang cukup menyayat hati rakan-rakan seperjuangan beliau lari meninggalkan di saat beliau dalam kesusahan. Tapi selepas sahaja PRU-14, seperti di beri nyawa baharu dan kesempatan yang tidak semua ahli politik boleh dapat, dengan ketabahan, semangat dan kekal berprinsip, beliau mula disenangi oleh rakyat Malaysia terutama dalam kalangan orang muda dan bagi saya ia adalah satu fakta. Suka atau tidak terpulang kepad

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Tun Mahathir Yang Ke 94 Tahun

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah buat kali pertama setelah beberapa tahun tidak dapat buka blog ini disebabkan terlupa password. Semoga dengan kembalinya blog ini saya lebih banyak menulis tentang kehidupan sehari-hari dan berkongsi maklumat dengan anda semua. Saya rasa gembira dan teruja banyak benda yang ingin saya kongsi untuk anda semua. Ini merupakan post pertama, saya ingin berkongsi pengalaman saat bertemu dengan perdana menteri Malaysia yang ke 7 iaitu Tun Mahathir Mohamad dan sedikit pendapat peribadi untuk rakan-rakan belia yang lain.  Berdisiplin, berwawasan, ramah, tenang, berkeyakinan itulah sosok individu yang bernama Tun Mahathir yang saya rasa ketika bertemu dengan beliau buat pertama kali. Bagaimana individu yang berusia 93 tahun ( # TunM94 ) begitu teliti dan masih boleh berfikir dan bekerja bahkan aktif menjalankan segala tanggungjawab. Secara jujurnya, Sebagai seorang anak muda saya berasa kesian terhadap beliau yang sudah lanjut um