Analisis Awal N66 Bugaya - Ahli Parlimen Belia Malaysia : Aby Al Fahd Abdullah Sani




3 November 2022 (Khamis)


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera


Calon Barisan Nasional Sabah telah diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang telah mencalonkan Hj. Abd Aziz Ibno bagi kerusi N66 Dun Bugaya. Oleh yang demikian, saya akan berpegang teguh dan hormat kepada kriteria calon yang dikatakan oleh Pengerusi BN Sabah iaitu Winnable, Acceptable dan Likeable. Kita akan ketahui sama ada keriteria ini terpakai di Daerah Semporna ataupun sebaliknya. Kita akan tahu jawapannya pada 19 November 2022.


Analisis awal saya sebagai belia negeri Sabah khasnya penduduk yang berasal dari Semporna sekiranya kedua-dua individu ini bertanding, BN Semporna akan mengalami kesukaran untuk menang di kerusi Dun tersebut, terdapat beberapa faktor yang saya ringkaskan. Antaranya; 

1. Semporna merupakan kubuh kuat Parti Warisan dan presidenya adalah ahli parlimen di kawasan tersebut

2. Ketiga-tiga DUN dalam parlimen Semporna iaitu Sulabayan, Senallang & Bugaya dimenangi oleh Parti Warisan ketika PRU14 dan PRN Sabah 2020 (3-0) dengan majoriti yang tinggi

3. Semangat kekeluargaan yang kuat dan kesatuan (Bog-Bog) dalam memilih calon yang mereka inginkan

4. Sikap menyanjungi tokoh pemimpin politik yang tinggi lebih dari calon parti yang bertanding

5. Pengundi setia BN di Dun Bugaya mengikut analisis dapatan undian calon BN pada PRU14 dan calon GRS-PPBM pada PRN Sabah 2020 adalah dibawah 20% sahaja (Statistik ini jelas menunjukkan kemampuan kedua-dua jentera parti berkenaan di Dun tersebut)

6. Calon dan pengundi muda, Parti yang mengetengahkan belia sebagai calon di Dun Bugaya berpotensi untuk menang hal ini kerana pengundi muda di Dun tersebut melebihi 50% setelah pertambahan pengundi baru yang berumur 18-21 tahun

7. Parti yang meletakkan calon tidak memahami denyut nadi rakyat di kawasan tersebut



***Analisis ini akan berubah dari semasa ke semasa


Aby Al Fahd Bin Abdullah Sani

Ahli Parlimen Belia Malaysia
Kelab Belia Perdana Semporna

Comments

Popular posts from this blog

Isu Tuntutan Waris Sultan Sulu : Sudut pandang Ahli Parlimen Belia Malaysia (Sabah) Aby Al Fahd Abdullah Sani

Ahli Parlimen Belia Malaysia (Sabah) Kecewa Calon BN di Pantai Timur Sabah | Surat Terbuka