Selamat Ulang Tahun Kelahiran Tun Mahathir Yang Ke 94 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah buat kali pertama setelah beberapa tahun tidak dapat buka blog ini disebabkan terlupa password. Semoga dengan kembalinya blog ini saya lebih banyak menulis tentang kehidupan sehari-hari dan berkongsi maklumat dengan anda semua. Saya rasa gembira dan teruja banyak benda yang ingin saya kongsi untuk anda semua.

Ini merupakan post pertama, saya ingin berkongsi pengalaman saat bertemu dengan perdana menteri Malaysia yang ke 7 iaitu Tun Mahathir Mohamad dan sedikit pendapat peribadi untuk rakan-rakan belia yang lain. 

Berdisiplin, berwawasan, ramah, tenang, berkeyakinan itulah sosok individu yang bernama Tun Mahathir yang saya rasa ketika bertemu dengan beliau buat pertama kali. Bagaimana individu yang berusia 93 tahun (#TunM94) begitu teliti dan masih boleh berfikir dan bekerja bahkan aktif menjalankan segala tanggungjawab.

Secara jujurnya, Sebagai seorang anak muda saya berasa kesian terhadap beliau yang sudah lanjut umur namun masih tetap menjalankan tugas-tugasnya dengan begitu baik sekali. Kesian Tun, setiap hari di media sosial bila kita buka ruangan komen akan ada kata-kata yang tidak baik, perkataan yang kesat dilemparkan terhadap beliau. Sedih melihat komen-komen yang negatif terhadap Tun. Siapa pun kita, kaya, berharta, berjawatan tinggi satu perkara yang harus ada dalam diri adalah perasaan hormat kepada orang lain tidak kira samada muda atau tua hormat itu perlu dalam kehidupan, kebencian tidak akan membawa kita kemana-mana malah akan menjahanamkan hidup kita. Sama ada kita suka atau tidak suka mahupun benci dengan seseorang, rasa hormat itu perlu ada lagi-lagi pada yang tua. Saya secara peribadi, rasa tidak senang melihat komen-komen segelintir netizen yang negatif tehadap Tun M.

Saya mohon dan ingin mengajak semua masyarakat di negara ini berhentilah melemparkan kata-kata negatif, mencaci, memaki. Ingat yang kita komen itulah manusia yang sanggup mengorbankan masa tuanya kerana ingin melihat negara ini bersatu padu. Sepatutnya beliau tidak lagi berkerja untuk kita namun semangat juang itu masih terpahat dalam dirinya untuk membela bangsa dan negara.

Saya juga belia, sangat faham kerana kita cepat terpengaruh dengan dakyah yang membawa mainan persepsi, sentimen perkauman terutama dalam media sosial. Jangan mudah percaya atau berkongsi berita-berita yang kita lihat tanpa memeriksa terlebih dahulu kebenarannya. Kita kena berfikiran secara konstruktif untuk terus proaktif kerana anak muda adalah kunci harapan bagi masa depan negara.
Bagi saya, sebagai anak muda kita perlu menjadikan Tun sebagai salah satu contoh dalam diri seperti semangat perjuangan dan kerja keras beliau. Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir. Semoga Tun sentiasa diberi kesihatan Allah SWT dan rahmat-Nya agar terus memimpin negara.

Saya Sayang Malaysia.
Sekian.

Ikhlas daripada,
Aby Al Fahd Abdullah Sani
Ketua Unit Perhubungan Awam
Kelab Belia Perdana Semporna







Comments

Popular posts from this blog

Isu Tuntutan Waris Sultan Sulu : Sudut pandang Ahli Parlimen Belia Malaysia (Sabah) Aby Al Fahd Abdullah Sani

Analisis Awal N66 Bugaya - Ahli Parlimen Belia Malaysia : Aby Al Fahd Abdullah Sani

Ahli Parlimen Belia Malaysia (Sabah) Kecewa Calon BN di Pantai Timur Sabah | Surat Terbuka