Ahli Parlimen Belia Malaysia (Sabah) Kecewa Calon BN di Pantai Timur Sabah | Surat Terbuka



Sebagai anak muda saya berasa agak kecewa dengan pemilihan calon yang diumumkan oleh Barisan Nasional Sabah bagi PRU yang ke 15.


Saya percaya semua anak muda tidak kisah parti apapun inginkan satu perubahan yang besar dalam corak politik di negeri Sabah dalam pemilihan calon-calon pilihanraya khasnya saya sendiri sebagai penyokong BN. Apa yang saya lihat calon dipilih tidak mencerminkan kriteria-kriteria yang dikatakan sebelum ini. 


Pentadbiran negeri Sabah memerlukan perubahan dalam kempimpinan, saya tidak hanya merujuk kepada BN Sabah walhal parti-parti lain yang bertanding perlu menonjolkan wajah baharu yang ‘fresh’, bekerja keras, muda dan berjiwa rakyat.


Jika inilah calon-calon yang diketengahkan, apa lagi calon yang berada di Pantai Timur Sabah, saya yakin Barisan Nasional sukar untuk menang dengan mudah. Jika BN ingin menang di Pantai Timur Sabah mereka harus meneliti  kriteria yang perlu ada untuk mengalahkan pihak lawan khususnya di Pantai Timur Sabah kerana kriteria Winnable, Acceptable dan Likeable bukanlah satu kayu pengukur untuk dijadikan sebagai rujukan memilih calon. Ini kerana, di setiap DUN atau Parlimen mempunyai cara yang tersendiri untuk memikat hati mereka agar mengundi parti.


Sekali lagi, sebagai belia yang ingin melihat perubahan dalam pemilihan calon berasa kecewa. Apapun kita akan lihat pada 19 November 22 ini.


Sekian.


Wassalam


Aby Al Fahd AS

AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA

KELAB BELIA PERDANA SEMPORNA

Comments

Popular posts from this blog

Isu Tuntutan Waris Sultan Sulu : Sudut pandang Ahli Parlimen Belia Malaysia (Sabah) Aby Al Fahd Abdullah Sani

Analisis Awal N66 Bugaya - Ahli Parlimen Belia Malaysia : Aby Al Fahd Abdullah Sani