Najib Razak : Kemunculan Semula Atau?

 



Hari ini saya akan berkongsi tulisan ringkas saya pada 1 November 2020 yang mana saya mengulas pada ketika itu DS Najib Razak telah dilantik sebagai ketua MP Barisan Nasional menjelang Belanjawan. Saya berpendapat sebagai rakyat biasa kita kena ketepikan sebentar soal tuduhan, fitnah dan kes mahkamah yang beliau sedang lalui sekarang. Beliau merupakan seorang pemimpin yang cukup berpengalaman dan memang layak mengetuai Kelab MP Barisan Nasional. Siapa sangka sebelum PRU-14 lalu beliau cukup dihina, difitnah, dikeji, dimaki sehingga seorang demi seorang meninggalkan beliau yang cukup menyayat hati rakan-rakan seperjuangan beliau lari meninggalkan di saat beliau dalam kesusahan.


Tapi selepas sahaja PRU-14, seperti di beri nyawa baharu dan kesempatan yang tidak semua ahli politik boleh dapat, dengan ketabahan, semangat dan kekal berprinsip, beliau mula disenangi oleh rakyat Malaysia terutama dalam kalangan orang muda dan bagi saya ia adalah satu fakta. Suka atau tidak terpulang kepada pandangan anda sendiri. Dengan satu kejadian ini cukup memberi saya pembelajaran dan pengalaman hidup.

Allah itu maha kuasa dan maha mengetahui.

Jika Dato Seri Najib Razak bersalah maka berikanlah balasan yang setimpal tetapi jika beliau difitnah, sesungguhnya orang-orang yang telah melakukanya akan mendapat balasan kelak, Wallahu a’lam.

Apa perkara paling utama yang ingin saya kongsi adalah sikap segelintir rakyat yang ‘Double Standard’

Kalau dahulu beliau dikatakan membeli undi rakyat melalui BR1M yang mana BR1M adalah penjenaaman semula inisiatif Bantuan Rakyat 1 Malaysia ke Bantuan Sara Hidup Hidup, apa bezanya dengan BSH dan BPN malah BR1M lebih banyak mengutamakan untung nasib rakyat. Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur, saya yakin semua ada hikhmahnya.

Sebagai seorang rakyat yang hidup di negara demokrasi ini, pada PRN Melaka 2021 rakyat dengan jelasnya telah memberi mesej kepada parti-parti politik bahawa mereka perlukan kestabilan dalam negara. Dengan kemenangan lebih 2/3 majoriti Barisan Nasional dan satu perkara yang kita perlu akui adalah pengaruh DS Najib Razak kerana popularitinya yang melonjak naik selepas PRU14 lalu terutama dalam kalangan anak muda. Oleh itu, apapun situasi selepas ini saya secara peribadi berharap bahawa pemimpin parti-parti politik mampu muncul dengan satu kebijaksanaan dalam menstabilkan politik dalam negara.

Comments

Popular posts from this blog

Isu Tuntutan Waris Sultan Sulu : Sudut pandang Ahli Parlimen Belia Malaysia (Sabah) Aby Al Fahd Abdullah Sani

Analisis Awal N66 Bugaya - Ahli Parlimen Belia Malaysia : Aby Al Fahd Abdullah Sani

Ahli Parlimen Belia Malaysia (Sabah) Kecewa Calon BN di Pantai Timur Sabah | Surat Terbuka