Analisis Awal N66 Bugaya - Ahli Parlimen Belia Malaysia : Aby Al Fahd Abdullah Sani
3 November 2022 (Khamis) Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera Calon Barisan Nasional Sabah telah diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang telah mencalonkan Hj. Abd Aziz Ibno bagi kerusi N66 Dun Bugaya. Oleh yang demikian, saya akan berpegang teguh dan hormat kepada kriteria calon yang dikatakan oleh Pengerusi BN Sabah iaitu Winnable, Acceptable dan Likeable. Kita akan ketahui sama ada keriteria ini terpakai di Daerah Semporna ataupun sebaliknya. Kita akan tahu jawapannya pada 19 November 2022. Analisis awal saya sebagai belia negeri Sabah khasnya penduduk yang berasal dari Semporna sekiranya kedua-dua individu ini bertanding, BN Semporna akan mengalami kesukaran untuk menang di kerusi Dun tersebut, terdapat beberapa faktor yang saya ringkaskan. Antaranya; 1. Semporna merupakan kubuh kuat Parti Warisan dan presidenya adalah ahli parlimen di kawasan tersebut 2. Ketiga-tiga DUN dalam parlimen Semporna iaitu Sulabayan, Senallang &...