Posts

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Tun Mahathir Yang Ke 94 Tahun

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah buat kali pertama setelah beberapa tahun tidak dapat buka blog ini disebabkan terlupa password. Semoga dengan kembalinya blog ini saya lebih banyak menulis tentang kehidupan sehari-hari dan berkongsi maklumat dengan anda semua. Saya rasa gembira dan teruja banyak benda yang ingin saya kongsi untuk anda semua. Ini merupakan post pertama, saya ingin berkongsi pengalaman saat bertemu dengan perdana menteri Malaysia yang ke 7 iaitu Tun Mahathir Mohamad dan sedikit pendapat peribadi untuk rakan-rakan belia yang lain.  Berdisiplin, berwawasan, ramah, tenang, berkeyakinan itulah sosok individu yang bernama Tun Mahathir yang saya rasa ketika bertemu dengan beliau buat pertama kali. Bagaimana individu yang berusia 93 tahun ( # TunM94 ) begitu teliti dan masih boleh berfikir dan bekerja bahkan aktif menjalankan segala tanggungjawab. Secara jujurnya, Sebagai seorang anak muda saya berasa kesian terhadap beliau yang sudah lanjut um