Posts

Showing posts from July, 2022

Isu Tuntutan Waris Sultan Sulu : Sudut pandang Ahli Parlimen Belia Malaysia (Sabah) Aby Al Fahd Abdullah Sani

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada rakyat Sabah yang saya sayangi. Pertama sekali untuk makluman semua saya menulis artikel ini adalah dari sudut pandang peribadi sebagai anak muda dan ingin saya tegaskan tulisan ini tidak sama sekali berkaitan dengan mana-mana parti dan ideologi politik sama ada kerajaan atau pembangkang. Saya akan cuba ringkaskan ilmu dan pengetahuan yang ada ini untuk dikongsikan kepada semua. Saya ingin mengajak semua untuk berfikiran terbuka terutama sekali kepada masyarakat Sabahan. | Kronologi Tuntutan Waris Sultan Sulu | Pada tahun 1878 kesultanan sulu yang diwakili oleh Sultan Jamalul Alam & Syarikat Borneo Utara British diwakili oleh Alfred Dent Esquire dan Gustav Von Overbeck menandatangani perjanjian bagi Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah untuk diserahkan atau disewakan kepada syarikat British dengan ganjaran 5,000 dolar Malaya setahun. Tulisan perjanjian adalah da